Monday 21 April 2014

IJAZAH dan RISALAH

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulilah tsumma alhamdulilah...telah tamat fasa menjadi pelajar perubatan..
dengan segenggam ijazah yang ku pegang kini...aku sedar bahwa lagi besar amanah, tanggungjawab yang bakal ku pegang selepas ini..
lagi besarlah kerja untuk ummat ini dan inshaa Allah lagi besar peluang untuk berbuat dakwah...

Namun...aku jua manusia biasa..yg agak bimbang sebelum menempuhi kehidupan sebagai houseman officer di hospital di bawah KKM (kementerian kesihatan Malaysia)..cabaran nya sungguh hebat katanya...
cuma...ada kebimbangan yg lebih besar  aku takuti..iaitu...

RISALAH yang harus aku sebarkan...aku tak mahu dengan bekerja nanti, diri ini hanyut dengan kesibukan bekerja...sudah banyak kisah yang aku dengar , ikhwah akhwat yg hilang ketika sudah bekerja dan berkeluarga...walaupon..ehem2.. im still single kan..hehe..

Wallahi.. walaupun diri ini masih berkarat jahiliyah..tapi masih ingin berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini..masih mahu ligat buat dakwah macam time student (yang sangat ideal gitu)...
diharapkan Allah menemukan aku dengan akhwats yg super ohsem di tempat aku bekerja kelak inshaa Allah..yang dapat menarik aku dan bimbing diri ini di jalan ini..aku mengaku, diri ini tak seqawiyyy macam orang lain..terlalu banyak lompong2 yang perlu diisi...

Moga, dengan menjadi Doktor ini, aku turut berkemampuan menyampaikan dakwah buat para pesakit...
moga, letih macam mana pun, hati masih ikhlas bekerja demi NYA...
moga, semua ini dijadikan bekalan akhirat aku kelak..
amin...

No comments:

Post a Comment