Sunday 1 September 2013

Dakwah kita


Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmannirahim..

ok entry kali ni sangat random...sekarang tengah cuti panjang..so i have lots of tyme to do some reflections and write something...so here we goes,,
Dulu pernah terfikir tentang perkataan ini..iaitu “dakwah”..apa yang saya belajar ketika di bangku sekolah ialah menyampaikan kebaikan ttg Islam..
maka dengan ilmu yg cetek tu aku sangka ohh..ustaz dan ustazah sahaja yg layak buat dakwah..tetapi..setelah diketuk oleh makcik dan pakcik “dakwah dan tarbiyah” sendiri..baru ku tahu yang sebenarnya tugas dakwah itu terletak sendiri di bahu aku..yang mana sangat sejajar dengan perintah Allah dan tujuan manusia diciptakan iaitu berdasarkan firman Allah dari
1)2:30 (as a khalifah/pemimpin)
2) 52:56 (abid/beribadah)..
nah!!!!!!!  ..gedebuk aku terjaga dari tidur lena yang lama.
.dan seterusnya..aku terus berjalan dan cuba sebaik mungkin untuk buat tugas sebagai hamba dan khalifah ini..buat dakwah..tapi..pada suatu ketika itu,saya terpaksa berhenti dan take a step back..ke mana hala tuju jalan dakwah ini sebenarnya????cukup kah hanya sekadar share,like islamic info di FB,tweeter,tumblr,blog dan lain2???? Kata mahukan kemenangan islam ..tapi kemenangan yang bagaimana ya???hurm..krik krik…

Dan sekali lagi aku disedarkan yang mana marhalah dakwah ini berperingkat untuk mencapai kemenangan Islam yg sebenar ( UA/ustaziyatul alam) ..langkah2 ini dipanggil maratib amal( post yg lain saya akan sharekan tentang ini inshaa Allah) 
Merujuk kepada seerah Rasulullah saw, baginda telah memulakan dakwah secara sirr(rahsia) dengan membentuk individu muslim (IM)..dgn individu inilah terbentuk ke langkah seterusnya iaitu bait muslim (BM)..ok stop takat tu dule eh..hehe
..so untuk membentuk IM ni agak2 lah kan cukupkah sekadar share,like islamic info di FB,tweeter,tumblr,blog dan lain2 SAHAJA???!!!!
Jawapan nya: TIDAK cukup!!! Sebab apa??
sebab nabi dulu xde fb,dan seangkatan dgnnya..eh?? Boley ka cam tu??conpius kan..haha..xdelah..maksudnya..kita as a khalifah/daie wajib keluar dari kepompong alam maya ini..kena keluar berjumpa,berkenalan,berbual,shoping,makan2,curhat,sleepover dan lain2 dengan mad’u( objek/insan yg ingin didakwah)..kena sentuh hati mereka..kena bawak dan bina peribadi muslim..kena ada target siapa yang ingin di dakwah..saya tulis ni bukan pakai akal semata..tp refer pasa seerah..

Ok..lets take a look from seerah..cuba fikir..bole je nabi nak buat dakwah pada langkah pertama dengan g kat bukit safa tu dan terus announce ttg islam secara terbuka/open/umum kepada semua orang..agak2 waktu tu kalau nabi ditentang oleh musuh islam ,ada tak yang sanggup melindungi baginda??? Kalau nabi dibunuh ada tak insan yang akan sampaikan islan lepas tu????..
Tak kan??
Maka dengan ilham dan perintah dari Allah..nabi bermula dengan cara sirr dan membina individu muslim ini seperti Abu Bakar,Bilal,Abdul Rahman b Auf dan ramai lagi..mereka diTARBIYAH oleh baginda lalu menjadi rantai dakwah untuk sebarkan Islam kepada yang lain..

The point is sekarang kita kena cari mad’u utk mencetak rijal2 yang menyambung rantai dakwah ini..bimbinglah mereka kepada Islam dahulu..kenalkan apa islam yg sebenar..

rapatkan mereka kepada Allah dan Rasul..
tanam dan semaikan cinta mereka terhadap Allah dan rasul.. 
Hadirkan al-quran dan sunnah dalam hidup mereka..dan seterusnya setelah mereka terbentuk dengan Individu muslim ini, kita bimbing mereka ke arah “bait muslim” yang sebenar..ok..cukuplah setakat ini..kita start dengan langkah pertama dahulu eh..which is Individu muslim(IM) dan IM ini ada ciri2 nya yg dipanggil 10 muwasafat tarbiyah.. Tarbiyahlah diri kita dan mad’u dengan 10 ciri2 ini ye..yg ni pon saya akan share di post yg lain inshaa Allah..cukuplah dulu kita tahu ke mana hala tuju dakwah kita setakat ini..wallahua’lam..
 
“Tarbiyah is not everything,but everything is nothing without tarbiyah”

No comments:

Post a Comment